Varian Delta Boleh Hidup Dalam Hidung, Tapi Yang Dah V4ksin Masih Boleh Dilindungi
GAYA HIDUPAugust 23, 2021 - 06:10 PM
Bukan sahaja boleh tersebar dalam tempoh 5 hingga 15 saat melalui udara -- malah kajian terkini mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.
Bagaimanapun, individu yang divaksin masih dapat dilindungi dilindungi daripada gejala yang teruk serta kematian.
Namun, disebabkan pembiakan virus itu di dalam hidungnya, individu itu boleh menyebarkan virus berkenaan kepada orang lain.
“Virus yang membiak itu sama kadar jangkitannya terhadap orang yang tidak divaksinasi, yang bermaksud orang yang sudah divaksin dapat menyebarkan virus itu dan menjangkiti orang lain.
“Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak,” ujar Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebook.
Jelasnya lagi, meskipun terdapat kemungkinan varian Delta itu boleh menjangkiti orang lain, individu yang divaksin masih dapat dilindungi daripada gejala yang lebih teruk serta kematian, yang sekali gus mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan ICU.
Oleh itu, Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengelakkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu.
Sumber: FB Noor Hisham Abdullah
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah