Tingkatkan Perlindungan Diri 96% Dari Varian Delta Dengan Pemakaian 'Double Mask + Face Shield'
GAYA HIDUPAugust 24, 2021 - 03:02 PM
Memandangkan bagi individu yang telah lengkap 2 dos vaksin telah diberikan beberapa kelonggaran pergerakan seperti makan di kedai, bersukan, berkelah, menggunting rambut dan sebagainya -- maka adalah lebih baik sekiranya kita mengambil langkah perlindungan diri yang lebih sempurna sekiranya berada di luar rumah.
Antara yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah penggunaan pelindung muka (face shield) dan 2 lapisan pelitup muka yang boleh memberi 96% perlindungan daripada jangkitan Covid-19 varian Delta.
Penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu beri perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti varian Delta yang kini dominan di dalam negara pic.twitter.com/X4UR6TEDx2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 23, 2021
Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kadar vaksinasi yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang telah menunjukkan beberapa tanda-tanda awal yang positif.
Ia termasuk bilangan pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan & Trauma hospital telah menurun, begitu juga kemasukan pesakit di wad juga menunjukkan penurunan yang memberangsangkan.
Kadar vaksinasi yg kian meningkat khususnya di Lembah Klang ada menunjukkan tanda2 awal yang positif. Bilangan pesakit yg menunggu di Jabatan Kecemasan & Trauma telah menurun, begitu juga kemasukan pesakit di wad juga ada sedikit penurunan.https://t.co/PAKrOtAB4M
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 23, 2021
Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah