Bestnya, Terengganu Mula Buka Sektor Pelancongannya Secara Rasmi 1 Sept!
JALAN-JALANAugust 30, 2021 - 02:49 PM
Mulai lusa iaitu 1 September 2021 -- Terengganu bakal membuka secara rasmi sektor pelancongannya kepada individu yang telah lengkap divaksinasi.
Sektor pelancongan yang dimaksudkan meliputi pembukaan pulau-pulau peranginan termasuklah :
- Pulau Kapas di Marang
- Pulau Redang di Kuala Nerus
- Pulau Tenggol di Dungun
- Tasik Kenyir di Hulu Terengganu
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, selaras dengan kebenaran pembukaan semula sektor pelancongan di negeri itu -- inap desa dan hotel turut dibenarkan beroperasi.
Bagaimanapun zoo, muzium, taman tema dan galeri seni masih tidak dibenarkan beroperasi.
Begitu juga dengan pulau peranginan popular Terengganu iaitu Pulau Perhentian yang masih ditutup berikutan terdapatnya kes positif Covid-19 dalam kalangan penduduk di pulau tersebut, sejak minggu lepas.
Selaras dengan pembukaan itu, kini Terengganu menggunakan slogan ‘We Are Safe To Visit’ -- bagi mempergiat aktiviti mempromosi produk pelancongan di Terengganu termasuk di media sosial.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah