Sedia Untuk Kembali Ke Pejabat? Ikuti 11 Tip Pencegahan Covid-19 Ini Di Tempat Kerja
GAYA HIDUPSeptember 03, 2021 - 05:16 PM
Mulai Ogos lalu, beberapa aktiviti ekonomi sudah dibenarkan kembali beroperasi secara berperingkat dan dijangka akan lebih banyak dibuka pada bulan September ini -- memandangkan negara juga dijangka akan beralih ke fasa Endemik pada Oktober depan.
Berita ini turut disambut baik oleh kakitangan yang bekerja di pejabat, memandangkan ramai yang sudah mulai tepu bekerja dari rumah untuk tempoh yang sangat lama.
Namun sebelum anda kembali bertugas, jom kita ikuti 11 saranan World Health Organisation (WHO) demi keselamatan dan kesihatan kita bersama ketika berada di premis tempat kerja.
Selain SOP sedia ada -- terdapat juga SOP kesihatan tambahan yang harus dipatuhi, khasnya yang melibatkan perjumpaan bersemuka.
Rumit, namun inilah hakikat yang perlu diterima dalam mengharungi kehidupan norma baharu pada era pandemik ini.
11 TIP OLEH WHO BAGI MENJAGA KESIHATAN KETIKA DI PEJABAT
TIP 1 : SEDIAKAN PINTU MASUK YANG BERSIH
TIP 2 : SENTIASA BERSIHKAN & DISINFEKSI MEJA KERJA DAN PERALATAN YANG KERAP DIGUNA
TIP 3 : BERKOMUNIKASI SECARA SELAMAT TANPA PERLU BERSALAMAN
TIP 4 : ATURKAN MESYUARAT YANG SELAMAT
TIP 5 : KEKAL SIHAT DAN AKTIF
TIP 6 : KEKAL AKTIF SEMASA WAKTU REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI
TIP 7 : AMBIL LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN MAKANAN
TIP 8 : PASTIKAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT DAN SIHAT
TIP 9 : BUKA TINGKAP UNTUK PASTIKAN ADA ALIRAN UDARA SEGAR
TIP 10 : KEKALKAN PENJARAKAN FIZIKAL
TIP 11 : JANGAN KE PEJABAT JIKA ANDA TIDAK SIHAT
Semoga tip-tip ini dapat diamalkan dan menjadi budaya kerja baharu bagi anda serta rakan sekerja yang bakal kembali ke pejabat. Selamat menjalankan tugas!
Sumber: Nona
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah