5 Lokasi Staycation Yang Best Di Selangor

JALAN-JALAN
September 22, 2021 - 02:19 PM


Dek kerana lama terkurung kat rumah gara gara PKP, mesti ramai orang nak release tension dan stress dengan nikmati a short getaway? Kali ini kita ada sediakan list staycation atau tempat penginapan khas buat warga Selangor seiiring dengan SOP baru untuk warga Selangor yang dibenarkan rentas zon dan daerah!

Selangor adalah satu negeri yang agak kaya dengan sumber flora dan faunanya lebih lagi di kawasan Hulu Selangor, tanpa kita sedari kerana semua tumpuan tertumpu kepada pembangunan bandar. Jadi, kita lari sekejap dari kehidupan seorang metropolitan dan enjoy kecantikan dan ketenangan dikelilingi hutan hijau dan air terjun atau sungai yang sejuk mengalir deras!

Jadi ini 5 lokasi staycation yang best di Hulu Langat Selangor: 
1. Tasik Kebun Serendah

Tasik Kebun Serendah adalah lokasi staycation kita yang pertama! Tasik Kebun adalah salah satu resort yang menjadi pilihan kerana hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar, Kuala Lumpur. Tasik Kebun adalah satu resort yang dibina khas untuk memiliki vibe yang tenang dan santai terutama buat pengunjung yang sudah berkeluarga. Terdiri dari 4 villa, 5 chalets, satu kolam renang, hall makan, hall serba guna, pusat rekreasi dan bisnes dan juga surau.

Tarikan utama Tasik Kebun selain dari villa dan chalet yang cantik, kawasan yang dikelilingi hutan Serendah menyajikan suasana yang tenang dan udara yang menyenangkan. Tidak lupa juga terdapat satu tasik yang enak dipandang. Antara aktiviti yang sesuai dilakukan adalah membuat memori baru bersama yang tersayang dengan berkumpul ber-bbq bersama dan mandi manda di dalam kolam.

  • Alamat : Tasik Kebun Serendah, Jalan Anggerik 1i, Desa Anggerik, 48200 Serendah, Selangor
  • Nombor Telefon : 013-388 8359
  • Email : book.tasikkebun@gmail.com 

2. Sekeping Retreats, Serendah

Sekeping Serendah adalah lokasi staycation yang tidak asing lagi. Terkenal dengan lokasi yang dikelilingi hutan hijau yang tebal dan hiasan dalaman yang sangat minimalis menjanjikan pengalaman yang menenangkan jiwa dan melapangkan fikiran anda. Selain itu, setiap sudut di Sekeping Serendah sangat "insta worthy" bagi anda yang suka bergambar. 

Suasana yang menenangkan ditambah dengan sedikit ruang privasi untuk lari dari masalah seketika menyajikan kepuasan buat anda yang ingin merasakan kesunyian dan ketenangan dari hiruk pikuk kehidupan di bandar. Selain boleh berenang di kolam dan ber-bbq bersama yang tersayang, buat peminat alam semula jadi anda juga boleh menghayati kecantikan hutan dengan aktiviti jungle-treking.

3. The Sticks Guide, Kuala Kubu Bharu (KKB)

Lokasi ketiga kita kali ini adalah The Sticks Guide yang terletak di Kuala Kubu Baru. Masa yang baik untuk refresh minda anda dengan dekatkan diri dengan keindahan alam semula jadi mampu memulih mood dan jiwa anda yang mula keletihan. Lokasi ini amat sesuai buat anda yang suka berkumpul dengan rakan rakan kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan!

Antara aktiviti yang korang boleh buat di sini seperti jungle trekking, white water rafting, mandi sungai, dan juga paragliding. Hiasan dalaman yang terdiri dari tendok yang amat sesuai dengan vibe close to nature yang ingin ditampilkan. Jadi, untuk mereka yang adventurous ini adalah lokasi yang tepat untuk anda!

4. Sarang by the brook, KKB

Sarang by the brook adalah lokasi yang keempat yang patut kita consider untuk staycation! Terletak di Kuala Kubu Baru dan lebih kurang 1 jam dari pusat bandar. Sarang by the brook adalah satu getaway yang sangat tekankan "enjoy your private moment" kerana hanya 11 bilik yang disediakan.

Lokasi yang dihiasi dengan keindahan hijau yang memukau dan terletak berhampiran dengan sungai yang sesuai untuk mengisi masa seisi keluarga mahupun bersama kawan kawan. Antara ciri unik Sarang by the brook adalah bilik yang diubah suai dari kontena kapal yang amat trendy. Dilengkapi dengan satu kolam air masin yang membawa satu keseronokan yang berbeza dan juga set bbq yang boleh digunakan.

5. Pulaithree, KKB

Lokasi yang seterusnya adalah Pulaithree yang juga terletak di Kuala Kubu Bharu. Pulaithree adalah salah satu getaway yang membawa vibe yang agak ekslusif dan sesuai dijadikan spot reunion atau gathering bersama teman teman atau keluarga. 

Dilengkapi dengan keperluan asas yang lengkap seperti dapur so dapatlah korang merasa homecooked meal dibuat oleh insan tersayang. Selain itu, kolam terbuka yang amat nyaman dan luas dan ditemani dengan view gunung menghijau yang amat memukau. Sememangnya Pulaithree menepati citarasa anak muda kerana hiasan dalaman yang amat minimalis dan moden dan terdapat patio yang sesuai untuk satu sesi lepak ataupun curhat (curahan hati).

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah