Wow, Malaysia Merekodkan 28 Juta Pengguna Media Sosial!
GAYA HIDUPSeptember 22, 2021 - 05:39 PM
Pandemik Covid-19 telah membawa amalan baharu secara dalam talian dalam kehidupan dan aktiviti masyarakat apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86% daripada penduduk negara ini.
Ini sekaligus menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial dan bilangan pengguna meningkat sebanyak 2 juta atau 7% hanya dalam tempoh setahun dari 2020.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek.
Menurutnya, peningkatan penggunaan media sosial adalah berikutan keadaan semasa negara berdepan pandemik Covid-19 yang menyebabkan masyarakat hanya duduk di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Penggunaan Internet sekarang semakin meningkat semenjak kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO),” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Eksklusif: 'Kuasa Media Sosial Perangkap Atau Pemangkin' secara langsung menerusi laman Facebook KKMM pada Rabu.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah