Tak Perlu Surat Rentas Negeri Ke Janda Baik, Vie Shanti Khan Disiasat Polis!
VIRALSeptember 24, 2021 - 12:58 PM
Baru-baru ini kecoh di media sosial berhubung kenyataan bekas isteri kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan menerusi laman instagram yang memaparkan gambarnya sedang beriadah di Rimba Valley, Janda Baik dengan status: "Tidak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor, yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya".
Disebabkan kenyataan mengelirukan pemilik akaun instagram 'Vieshantiekhan' itu yang mendakwa tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik, Bentong, Pahang -- polis akhirnya membuka satu kertas siasatan terhadap wanita yang berusia 35 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata siasatan dijalankan mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 yang boleh dikompaun RM5,000, jika disabit kesalahan.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini dan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
"Sebarang aktiviti yang bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penyalahgunaan permit rentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah