Hebat Label Pelekat Ni, Letak Kat Buah-Buahan Terus Boleh Tahan Lama & Tak Cepat Rosak!

GAYA HIDUP
September 27, 2021 - 12:14 PM


Bagi mendapatkan vitamin dan nutrien untuk kesihatan tubuh badan, kita digalakkan mengambil buah-buahan dengan banyak.

Tetapi jika kita beli secara berlebihan dalam satu tempoh masa, buah-buahan tersebut akan cepat rosak dan tidak dapat dimakan segar lagi.

Namun sekarang korang tak perlu risau kerana dengan hanya menggunakan satu label pelekat yang dinamakan "STIXFRESH" -- buah-buahan yang dibeli dapat bertahan lebih lama iaitu antara 2 hingga 3 kali dengan cara semula jadi.

Istimewanya label pelekat ini menggunakan sebatian anti-mikroba secara semula jadi yang dihasilkan tumbuhan-tumbuhan bertujuan untuk melindungi buah-buahan.

Ia dibangunkan dengan teknologi salutan menerusi kaedah mengestrak tumbuhan dan herba yang diletak pada label pelekat bagi membolehkan ia bertindak sebagai diffusion material, sekali gus melindungi buah-buahan daripada pertumbuhan kulat yang agresif, semasa penjualan dan penghantaran seterusnya memanjangkan tempoh kesegarannya.

Lebih menarik label pelekat ini dibangunkan oleh anak tempatan seorang graduan teknologi maklumat, Zhafri Zainuddin, 37 tahun yang juga pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif StixFresh International Sdn Bhd bertapak di Senawang, Negeri Sembilan.

Kehebatan inovasi pelekat ini telah diketengahkan dalam World Economic Forum dan bahan digunakan di dalamnya dikategorikan sebagai GRAS (Generally Recognized as Safe) yang mematuhi piawaian Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA), bahkan teknologi pelestarian kesegaran ini juga didaftarkan dengan World Intellectual Property Organization (Wipo).



Lihat video penuh di bawah ini untuk melihat bagaimana label pelekat ini berfungsi :

Bagaimanapun, Zhafri berkata, buat masa ini, label pelekat ini hanya boleh digunakan untuk beberapa jenis buah-buahan tempatan seperti mangga, betik dan buah naga -- selain merancang meluaskan penggunaan teknologi ini kepada buah-buahan lain yang premium seperti Japanese pear dan spesies Melon.

"Kami akan tackle buah bersaiz kecil seperti strawberi dan anggur namun bukan melalui label pelekat, sebaliknya lebih kepada penggunaan semburan cecair bergred makanan yang selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan merbahaya.

"Kami berhasrat membangunkan uncang dan pembungkusan pintar untuk kegunaan sayur-sayuran," katanya yang bercadang untuk mengusahakan perniagaan buah-buahan yang menggunakan teknologi StixFresh, sebagai satu nilai tambah.

P/S: Hebat anak Malaysia boleh cipta pelekat yang sangat berguna dan inovatif seperti ini! MALAYSIA BOLEH!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah