Batu Pahat Ada "Jalan Berirama" Pertama Di Malaysia. Korang Pernah Lalu Tak?
TARIKANOctober 22, 2021 - 12:24 PM
Siapa dekat sini yang tinggal di Batu Pahat atau suka melancong dan jalan-jalan cari makan ke Johor ketika hujung minggu atau hari cuti?
Jika ya, anda pernah tahu tak bahawa ada sebuah jalan di Batu Pahat yang mengeluarkan bunyi seakan irama muzik ketika anda memandu di atasnya? Wow, macam menarik je bunyinya kan?
Jalan yang dimaksudkan adalah terletak berhampiran dengan Kilang Biskut Munchys menghala ke Sri Medan.
Anda boleh merasakan keunikan jalan ini apabila melalui hadapan kilang tersebut ke arah Yong Peng.
Dengan memandu kenderaan anda sekitar 50 hingga 60 kilometer sejam, ia bakal menghasilkan sebuah irama yang menarik untuk dijadikan halwa telinga.
Ia sekaligus membuatkan jalan tersebut menjadi "Jalan Berirama" pertama seumpamanya di Malaysia!
Sebenarnya kalau diikutkan jalan berirama bukanlah sesuatu yang asing di luar negara kerana seperti di Jepun mereka di sana turut memiliki jalan yang menghasilkan bunyi seakan muzik.
Jalan berirama dalam bahasa Inggeris digelar sebagai Melody Road bukanlah tujuan asal sebagai tarikan, namun lebih kepada menghilangkan rasa bosan dan mengantuk di jalanan.
Lazimnya melodi yang dihasilkan bergantung kepada melodi asas dalam not muzik iaitu Do Re Mi Fa So La Ti Do….dan sebaliknya.
Bunyi yang dihasilkan pula melodi trumpet, piano dan bukanlah melodi muzik yang moden seperti di kelab hiburan.
Namun, ia cukup untuk menghiburkan diri, melepaskan seketika tekanan dan menghilangkan rasa mengantuk.
Jadi adakah "Jalan Berirama Batu Pahat" ini sama dan segah dengan yang ada di luar negara? Jom cari jalan ni!
Sumber: Tuan Mohamad Faiz Azman & Triphackerz
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah