5 Lokasi Yang Anda Wajib Pergi Kalau Ke Penang!
JALAN-JALANOctober 28, 2021 - 04:09 PM
Pulau Pinang yang indah sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia kerana ia menawarkan makanan yang sedap, suasana pekan lama yang menawan, serta pelbagai tarikan yang seronok dan menarik. Ini dia senarai aktiviti-aktiviti terbaik yang anda boleh lakukan bersama kawan-kawan atau keluarga di Pulau Pinang!
1. Pantai Batu Feringgi
Pantai ini terkenal dengan kebersihan dan kecantikan alam semulajadinya. Yang paling best tentang pantai ini mestilah panorama matahari terbenam daripada pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Langit yang kemerah-merahan pasti memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya. Setelah itu, pasar malam pula dibuka di kawasan berdekatan. Dah puas tengok Matahari, kita isi pula perut yang kosong dengan makanan-makanan sedap.
2. Bukit Bendera
Bukit Bendera adalah tempat yang sentiasa menggamit kedatangan para pengunjung. Orang ramai mendaki bukit ini dengan melalui trek sejauh 5km untuk tiba ke puncak. Kita boleh memulakan pendakian di Taman Botani Pulau Pinang. Yang pasti, pemandangan di puncak pastinya membuatkan setiap titik peluh mendaki sangat berbaloi. Di puncak, terdapat tempat makan, landskap yang cantik dan sebuah kuil yang menarik. Kalau yang taknak hiking tu, jangan risau sebab cable car ada!
3. Padang Kota
Antara tempat makan best di Penang. Makan sambil menikmati suasana dan angin bayu sangat menenangkan. Tambahan lagi, boleh bawa anak-anak untuk bermain di kawasan pejalan kaki. Tidak lengkap jika singgah ke sini, kalau tak makan pasembor.
4. Penang Street Art
Penang Street Art ini sangat menarik untuk dilawati kerana banyak lukisan mural yang sangat menarik dan cantik boleh dilihat secara PERCUMA! Kebanyakan lukisan menggambarkan gaya hidup dan sejarah Pulau Pinang yang sangat berbaloi untuk kita kongsikan di Instagram. Ada juga yang menggelikan hati. Pelukis mural ini sememangnya sangat berbakat.
5. Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang terkenal sebagai taman negara paling kecil di dunia. Tapi, saiz kecilnya tidak menjejaskan keistimewaan dan keindahan luar biasa yang terdapat di taman negara ini. Taman Negara Pulau Pinang mempunyai kawasan perlindungan penyu, Tasik Meromictic di mana air tawar dengan air masin tidak bercampur.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah