Tak Payah Fly Ke Jepun, Shah Alam Bawa Jepun Ke Anda!
TARIKANNovember 01, 2021 - 11:44 AM
Mesti ramai tengah enjoy kebenaran rentas negeri baru baru ini kan? Mana tidaknya setelah sekian lama kita lama duduk terperap di rumah akibat pandemik Covid-19. Lagi-lagi yang kaki travel ni, tak senang duduk dibuatnya. Untuk korang yang rindukan Jepun, ada satu lokasi baru yang boleh mengubat kerinduan anda tanpa perlu terbang!
Ada satu taman baru yang mampu membuat anda rasa seperti berada di Jepun!
Taman itu diberikan nama Taman Persahabatan Selangor-Jepum yang dibuka pada 12 Mac yang lalu.
Terletak di dalam Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 14. Datuk Bandar Shah Alam iaitu Datuk Haris Kassim menyatakan pada Bernama bahawa taman itu dibina atas satu dasar apresiasi terhadap hubungan perlaburan antara Selangor dan Jepun.
Taman Persahabatan itu terinspirasi dari arkitektur dan landskap Jepun yang teridiri dari beberapa tarikan seperti Zen Garden, Maze Pond dan juga Torii Gateaway.
Selangor Journal melaporkan terdapat Tsukubai iaitu salah satu adat penyucian diri di Jepun dan juga laman refleksologi.
Setiap sudut taman ini dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang sungguh indah dan juga elemen semula jadi seperti kayu dan batu.
Taman ini berkeluasan sebanyak 2,428 hektar dan dikelilingi dengan pagar yang berkonsepkan buluh.
Yang paling menarik, kemasukan adalah percuma dan dibuka pada setiap hari dari pukul 10 pagi sehinga 7 malam.
Tunggu apa lagi guys? Siap-siap bawak kamera korang dan terus menuju ke Shah Alam! Boleh korang meriahkan feed instagram macam tengah bercuti di Jepun! Ganbatte!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah