Bercuti Tanpa Perlu Rentas Negeri, 10 Lokasi Staycation Best Sekitar Lembah Klang!
HOTELNovember 02, 2021 - 03:24 PM
Korang nak bercuti tapi nak elak dari pening kepala stuck dalam trafik masa rentas negeri? Ini list lokasi staycation di sekitar Lembah Klang ada jawapannya! Memang sesuai sangat untuk korang yang nak pergi 'short getaway' bersama insan tersayang!
1. KLoe Hotel
Kita mulakan list hari ini dengan KLoe Hotel yang terletak di Bukit Bintang! Yang bestnya hotel ni selain dari terletak di Bukit Bintang yang terdapat pelbagai tempat yang menarik, korang hanya perlu berjalan selama 4 minit je untuk ke Pavilion! Memang betul betul dapat vibe bercuti di pusat bandar! Hiasan dalaman hotel ni pulak berkonsepkan semi-industri so memang minimalis, dicorak pula dengan berlantai kayu dan sedikit sentuhan tumbuhan hijau!
Alamat: 227, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Contact: +603 2772 1313
Instagram: kloehotel
2. The Chow Kit
Takkan la korang tak tahu lagu Sudirman yang famous pasal satu jalan tu kan? The Chow Kit yang membawa tema gaya hidup Jalan Chow Kit memang sesuai untuk korang yang teringin nak explore Kuala Lumpur. 86 bilik dan suites ditawarkan so sesuai untuk pasangan ataupun keluarga!
Alamat : 1012, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact: +603 2778 6666
Instagram: ormondhotels
3. The KL Journal
Kalini memang sesuai sangat untuk korang yang tengah plan all girls staycation! The Kuala Lumpur Journal adalah satu butik hotel yang bertemakan retro dan juga minimalis. Memang puas hati kalau korang bergambar semasa menginap di sini sebab banyak sangat spot-spot yang cantik!
Alamat: 30, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Contact: +603 2110 2211
Instagram: thekljournal
4. Momo's Kuala Lumpur
Momo's adalah satu hotel yang sangat sesuai untuk korang gather or bercuti dalam kumpulan! Terdapat banyak bilik yang dihiasi dengan cukup berwarna-warni! Banyak sudut yang korang boleh bergambar untuk jadikan kenangan. Lapar? jangan risau terdapat pelbagai jenis makanan disediakan di restoran!
Alamat: 316, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact: +603 2776 6666
Instagram: stayatmomos
5. The Majestic KL
The Majestic KL adalah salah satu hotel yang tak perlu diperkenalkan lagi. Hotel yang secara asalnya terbina pada 1932 dan masih kekal dengan sentuhan kolonial dari segi hiasan dalaman dan rekabentuk. Tapi jangan risau, kebanyakan bilik yang ditawarkan di Tower Wing (bangunan baru). Memang cantik hotel ni dan banyak jugak spot untuk korang bergambar!
Alamat: 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact: +603 2785 8000
Instagram: themajestickl
6. Nouri Glass Villa
Mencari villa yang dihiasi penuh elegan? Nouri Glass Villa mampu merealisasikan impian anda! Dengan rekabentuk dan hiasan dalaman yang cukup menawan. Mampu menampung sehingga 20 orang, nikmatilah penginapan anda dengan penuh privasi!
Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Contact: +6013 635 6083
Instagram: nourivilla
7. Daun Retreats
Mencari satu penginapan yang dekat dengan semulajadi dan mewah? Daun Retreat adalah lokasi yang paling sesuai untuk anda! Terletekat di kawasan bukit Hulu Langat, villa indah ini sangat sesuai bagi mereka yang bercuti bersama keluarga besar. Terdapat tiga jenis penginapan ditawarkan, Gerimis Senja Villa (max 15 pax), Kasturi Kabin container (max 6 pax) dan juga villa yang paling luas Norehan's Place.
Alamat: Batu 17 3/4, Kampung Dusun Tua, 43100, Selangor
Contact: +6012 252 2235
8. Tanah Larwina
Sangat mudah untuk ke sini dari pusat bandar, homestay yang berkeluasan 3 ekar ini dilengkapi dengan aliran sungai yang cukup menenangkan! Tanah Larwina berkonsepkan mesra semulajadi dan terdapat ladang haiwan yang cukup comel dan juga laman orked! Mampu menampung sehingga 16 orang maksimum dan 8 orang untuk lodge utama
Alamat: Kg Paya Lebar, Batu 23, Jalan Sg Lui, Hulu Langat, Selangor
9. Cyberjaya Resort & Spa
Mesti korang tak tahu kan di Cyberjaya terdapat satu resort yang menawarkan chalet yang luas, indah, landskap yang memukau, spa dan termasuk juga satu restoran dimsum halal? Itulah yang ditawarkan oleh Cyberview Resort & Spa! Berkeluasan 28.8 ekar ini sangat sesuai untuk korang yang mencari lokasi staycation!
Alamat: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Contact: +603 8312 7000
Instagram: cyberviewresortofficial
10. Amerton Cove Golf & Island Resort
Memakan masa cuma 50 minit memandu dari pusat bandar, Amverton Cove Golf & Island Resory terletak di Pulau Carey. Sememangnya satu lokasi 'hidden gem'! Satu lokasi penginapan yang sangat menarik kerana korang boleh bermain golf! Terdapat banyak bilik yang cantik dan juga luas ditawarkan, termasuk Amverton Villa yang lengkap dengan private pool.
Alamat: PT673 Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor, Malaysia
Contact: +603 3123 3888
Instagram: amvertoncove
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah