8 Lokasi Penginapan Best Sesuai Untuk Keluarga Di Pulau Pinang!

HOTEL
November 11, 2021 - 12:45 PM


Macam biasa, menjelang hujung tahun dan sekolah pun bakal bercuti mesti ramai parents nak bawak anak anak pergi bercuti kan? Lagi best percutian kali ini kita dah boleh rentas negeri. Jadi, jom kita merancakkan semula indsutri pelancongan di Pulau Pinang!

1. Lexis Suite Penang

Untuk merasai satu experience bercuti bersama keluarga yang best, Lexis Suite Penang ada segala yang anda perlukan! Tarikan hotel ini yang paling best mestilah lokasinya sebab terletak di tepi pantai. Korang boleh book bilik yang dapat permandangan pantai yang menenangkan. Kalau penuh, jangan risau korang boleh book bilik yang dilengkapi dengan private pool! Lexis Suite Penang sememangnya satu lokasi penginapan yang sangat mewah. Lagi best, korang boleh enjoy view pantai pada waktu malam dari balkoni je!
 
Harga average per night: RM540
Alamat: 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Contact:04-628 2888

2. Angsana Teluk Bahang

Hotel 5 Bintang di Penang ini terletak di pantai Teluk Bahang dan menawarkan 250 bilik dilengkapi dengan permandangan indah laut Andaman! Yang lagi menarik, hotel ini korang cuma perlu drive 30 minit ke bandar Georgetown dan hanya 5 minit ke Batu Ferirnghi. Angsana Teluk Bahang hotel pun sesuai menjadi lokasi romantik bagi percutian pasangan. Selain itu, di sekitar kawasan hotel terdapat banyak gerai gerai makan yang menarik

Harga average per night: RM650

Alamat: 11, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Contact: 04-817 0888

3. Eastern & Oriental Hotel

Kalau tanya orang Penang, hotel mana yang best dan cantik untuk bercuti, mesti dorang akan suggest Eastern & Oriental Hotel sebab hotel ini adalah salah satu hotel yang terbaik! Satu hotel warisan abad ke-19 menjanjikan satu pengalaman seperti kita berpatah balik pada zaman viktoria. Dihiasi dengan cukup indah dan perabot kayu yang klasik. Servis hotel ini juga berkelas dunia jadi pasti mampu memuaskan hati anda! 

Harga purata per night: RM700

Alamat: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Contact: 04-222 2000

4. Iconic Hotel

Terletak di Bukit Mertajam, Iconic Hotel adalah salah satu hotel yang penuh dengan tarikan dan berhampiran dengan lokasi-lokasi yang menarik di Penang! Memang ngam untuk korang yang bercuti dalam kumpulan dan yang nak explore Pulau Pinang! Antara lokasi yang menarik berhampiran dengan hotel ini adalah Penang Bird Park dan Sunway Carnival Mall. Kalau perut dah berkeroncong, korang boleh singgah di restoran nasi kandar famous iaitu Hameediyah

Address: 71, Jln Icon City, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Contact: 04-505 9988 

5. JEN Penang Georgetown by Shangri-La

 

Terletak bersebelahan dengan KOMTAR, Prangin Mall dan 1st Avenue Shopping Mall, Jen Penang Georgetown by Shangri-LA adalah satu hotel untuk korang yang sukakan percutian di bandar! Selain dari itu, hotel ini juga berhampiran dengan 5D Interactive World dan hanya 600 meter jauh dari The Upside Down Museum dan Dark Mansion 3D Glow in The Dark Museum! Tak perlu fikir apa nak buat kalau menginap di sini! Kalau lapar, korang cuma perlu berjalan kaki ke restoran Kassim Nasi Kandar dan enjoylah makan roti canai ditemani dengan manisnya teh tarik!

Harga purata per night: RM250

Alamat: Magazine Rd, George Town, 11900 George Town, Pulau Pinang

Contact: 04-262 2622 

6. Royale Chulan Penang

Tertelak di kawasan Weld Quay, Royale Chulan Penang adalah salah satu hotel yang paling hampir dengan pelbagai tarikan pelancong di Pulau Pinang! Menawarkan satu pengalaman bercuti di bandar, Royale Chulan hanya terletak 1km dari kemeriahan Little India, Pinang Peranakan Museum dan Wodnerfood Museum. Hotel berkelas 4 bintang ini mampu menawarkan bilik dan servis yang terbaik buat keluarga anda!

Harga purata per night: RM270

Alamat: No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Contact: 04- 259 8888

7. Travelodge Georgetown Penang

Tarikan utama lokasi penginapan kali ini adalah satu kolam renang outdoor dan bilik gaya kontemporari, Travelodge Georgetown Penang menawarkan servis dan bilik yang berkualiti dan amat sesuai untuk korang yang 'backpackers'! Selain dari itu, ada port makan yang best iaitu Hameed Pata Mee Sotong yang terkenal dengan mee kari yang best!

Harga purata per night: RM240

Alamat: 101, Jalan Macalister, 10400 George Town, Pulau Pinang

Contact: 04-226 0084

8. SAVV Hotel

SAVV Hotel yang terletak betul betul di tengah Georgetown menawarkan satu penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan outdoor swimming pool dan juga satu taman kecil yang mampu merehatkan minda anda buat seketika. Korang jugak boleh lepak di teres matahari yang cukup santai dan juga berhampiran dengan 1st Avenenue Mall, Rainbow Skywalk di Komtar dan juga Pinang Peranakan Museum.

Harga purata per night: RM290

Alamat: 39C, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Contact: 019- 239 7228

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah