10 Tempat Menarik Di Bagan Lalang Yang Wajib Korang Datang
TRAVELNovember 18, 2021 - 05:46 PM
Terdapat banyak tempat yang menarik di sekitar Selangor yang ramai tidak tahu antaranya seperti di Bagan Lalang. Tentu ramai orang masih lagi belum pernah menjejakkan kaki di sini atau teroka tentang keistimewaan yang ada di tempat ini. Bagan Lalang merupakan sebuah pekan di dalam daerah Sepang, Selangor dan mempunyai banyak tempat menarik untuk korang bersantai.
Pekan ini mempunyai pantai yang cantik dan kaya dengan hutan paya bakau, menjadikannya sesuai untuk pelabuhan dan tempat tumpuan untuk aktiviti perikanan. Kebiasaannya pelancong akan datang ke sini untuk makanan laut yang murah dan segar dan ada juga yang berkhemah dan bermandi manda di tepi laut pada hujung minggu dan cuti sekolah. Di dalam artikel ini, kami akan sharekan pada anda 10 tempat menarik yang terdapat di Bagan Lalang
10 Tempat Menarik Di Bagan Lalang
1. Pantai Bagan Lalang
Salah satu aktiviti yang korang boleh lakukan di pantai ini ialah menangkap ketam. Pantai di sini akan surut dan korang boleh berjalan sejauh 300-400m ke kawasan tengah laut. Jika korang ada anak-anak kecil, mereka pasti akan berseronok di sini.
Korang juga boleh bermain layang-layang dan menikmati angin pantai. Terdapat banyak kedai yang menjual layang-layang di sini.Selain itu, korang tidak perlu risau kerana fasiliti untuk kemudahan anda lengkap disediakan. Kerusi dan pondok turut banyak disediakan untuk keselesaan pengunjung. Korang juga boleh membawa sendiri tikar dan alatan bbq untuk aktiviti di sana.
2. Jeti Memancing Wak Sempuh
Seterusnya, tempat menarik di Bagan Lalang ialah Jeti Memancing Wak Sempuh. Bagi kaki pancing, tempat ini menjadi tumpuan untuk memancing kerana korang hanya perlu bermodalkan RM4 sahaja untuk memancing di sini. Siakap, jenahak, senangin, dan banyak lagi jenis ikan menjadi buruan di sini. Korang juga boleh menyewa bot di sini.
3. Fishing Buddies Fishing Pond
Seterusnya, antara tempat menarik di Bagan Lalang ialah Fishing Buddies Fishing Pond. Dengan bayaran sebanyak RM100 selama sejam, korang dijanjikan minimum 5 ekor ikan! Sangat berbaloi jika korang bukanlah kaki pancing yang tegar menunggu ikan. Kolam ini mempunyai ikan yang besar dan korang pasti puas hati dengan tangkapan korang..
4. Jeti Nelayan Sepang
Jika korang inginkan pengalaman memancing dengan pemandangan yang menenangkan, korang boleh ke Jeti Nelayan Sepang. Bayaran di sini lebih murah berbanding dengan jeti memancing yang lain. Namun, ikan-ikan di sini tidak kurang banyaknya dan korang juga boleh menikmati keindahan alam sambil memancing.
5. Rumah Rakit Hobbit Sekroy
Korang inginkan kelainan untuk percutian di Bagan Lalang? Korang wajib ke Rumah Rakit Hobbit Sekroy. Selain boleh menjadi penginapan, korang juga boleh memancing di sini. Bercuti sambil memancing orang kata. Ini mesti menjadi kegemaran kaki pancing. Selain dapat membawa keluarga bercuti (jika ada keluarga), korang juga boleh meluangkan masa dengan hobi anda.
Rumah rakit ini seperti tempat penginapan yang biasa, ada dapur, ruang rehat, ruang tinjau dan juga tempat untuk bbq. Terdapat beberapa jenis rumah rakit, bergantung kepada jumlah orang. Jika korang ingin memancing di tempat lain, korang juga boleh menempah bot dengan pemilik rumah rakit ini.
6. MS Family Boat House
Seterusnya, tempat menarik di Bagan Lalang ialah di MS Family Boat House sini. Jika korang ingin bercuti beramai-ramai sambil bersantai dan memancing, korang boleh ke sini. Untuk ke rumah rakit ini, korang akan dibawa dengan boat dari Jeti Sirip Biru ke boathouse.
Korang boleh memancing sepanjang masa korang di sini. Kemudahan yang disediakan di sini sangat selesa dan jika korang ada anak kecil, korang tidak perlu risau kerana fasiliti di sini sangat lengkap dan bersih. Elektrik turut disediakan di sini.
7. Avani Sepang Gold Coast Resort
Tidak perlu diperkenalkan lagi, resort ini memang popular dengan resort di atas airnya. Berbentuk pokok kelapa jika dilihat dari langit, pengunjung boleh merasakan seolah-olah seperti di Palm Island, Dubai.
Resort ini boleh menjadi pilihan jika korang ingin berbulan madu, atau sekadar bercuti bersama keluarga. Avani Sepang Gold Coast Resort menjanjikan penginapan yang selesa dan mewah untuk korang.
Jika korang seorang yang gemarkan pemandangan matahari terbenam, korang pasti tidak akan merasa kecewa dengan pemandangan yang bakal disajikan di sini. Korang pasti terpukau dengan keindahan sunset di sini.
8. Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood
Dah penat berjalan di tempat menarik di Bagan Lalang ini, mesti nak mencari makan pula. Anda boleh makan malam di Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood.
Konsep restoran terbuka yang simple ini, korang akan mendapat pengalaman makan malam sambil menikmati hembusan bayu yang menyegarkan dari laut.
Restoran ini sering menjadi pilihan untuk pengunjung kerana mempunyai banyak pilihan makanan laut, dan kesemuanya memang segar yang pasti akan membuat korang terliur.
9. Restoran Senandung Malam Seafood
Jika korang berkunjung ke Bagan Lalang, makan malam begini memang menjadi buruan pelancong. Salah satu restoran popular di sini ialah Restoran Senandung Malam Seafood.
Restoran ini sentiasa penuh kerana makanannya yang fresh, dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Berdekatan dengan Bagan Lalang Beach Resort, jika korang bercuti di sini jangan lupa singgah ke restoran ini!
10. Bagan Lalang Sea View Restaurant
Restoran menghadap pantai memang kebiasaannya menjadi tumpuan kerana pemandangannya. Pemandangan yang indah, angin yang kuat, dan makanan yang segar. Memang akan memberi satu rasa yang permai dalam diri yang menghayatinya.
Sup ketam menjadi pilihan di sini, selain pilihan ikan yang banyak. Korang mungkin perlu menanti lebih lama sebelum makanan tiba di meja korang. Tetapi penantian tersebut pasti berbaloi selepas korang mencuba makanan yang dihidangkan!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah