Resort Yang Sangat Cantik Dan Murah Terletak Di Ulu Tiram
TRAVELDecember 06, 2021 - 02:36 PM
Siapa sangka di Ulu tiram terdapat tempat menarik yang sesuai untuk korang bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Green Valley Eco Resort merupakan sebuah resort yang sangat sesuai untuk korang spend time bersama orang tersayang sambil melupakan sementara hal-hal di tempat kerja.
Resort ini terletak jauh dari kesibukan Bandaraya Johor Bahru kerana ia memakan masa 40 minit sahaja untuk ke sana manakala dari Bandar Ulu Tiram, hanya sekitar 15 minit korang dah boleh sampai ke tempat ini. Tempat ini juga sesuai jika korang sedang mencari lokasi best sekitar Johor untuk buat family day, reunion dan sebagainya.
Banyak kemudahan yang disediakan di resort ini seperti kolam renang dan banyak aktiviti menarik yang korang wajib try seperti dalam gambar di atas. Keunikan pada resort ini juga dapat kita lihat pada gambar-gambar di atas di mana reka bentuknya agak unik dan ini tentu menjadi tumpuan utama kepada korang yang suka bergambar.
Bagi korang yang berminat untuk ke sini. berikut merupakan detail tentang resort ini yang boleh korang hubungi jika korang nak book atau terdapat sebarang pertanyaan lanjut.
Harga serendah RM200 semalam
+60 16-727 8800
Lokasi :
Green Valley Eco Resort
Lot 752, Jalan Sungai Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah