Korang Penerima Vaksin Sinovac? Cepat Ambil Dos Penggalak Sebelum Februari Ni - KJ
VIRALDecember 16, 2021 - 03:51 PM
Perhatian kepada semua penerima vaksin Sinovac!
Jika anda merupakan penerima dos lengkap vaksin COVID-19, Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas -- anda perlu mendapatkan suntikan dos penggalak atau booster shot selewat-lewatnya pada Februari tahun depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan.
"Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.
"Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Khairy berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak.
Sumber: Berita Harian
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah