Aerotrain KLIA Yang Berusia 23 Tahun Bakal Diganti, Siap 2025!
VIRALDecember 28, 2021 - 01:55 PM
Malaysia Airports telah memulakan latihan penggantian Automated People Mover (APM) atau dikenali sebagai sistem Aerotrain yang telah beroperasi selama 23 tahun, sejak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka.
Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem Aerotrain berkenaan sering menghadapi gangguan perkhidmatan, menyumbang kepada ketidakcekapan operasi yang mengakibatkan penumpang terpaksa menggunakan perkhidmatan bas alternatif.
"Ia tidak lagi boleh dilaksanakan untuk mengekalkan Aerotrain semasa. Aset lama lebih mudah rosak dan ini akan menyusahkan penumpang.
"Ia juga menggunakan teknologi lama, menjadikannya sukar untuk mendapatkan alat ganti.
"Aerotrain baharu akan dinaik taraf bersama infrastruktur sistem trek, dan ini juga akan menyediakan lapangan terbang dengan kecekapan operasi yang lebih baik.”
“Tidak dinafikan terdapat sedikit kesulitan kepada penumpang dalam tempoh tiga tahun akan datang semasa tempoh naik taraf.
"Sementara kami akan berusaha untuk meminimumkan gangguan perkhidmatan, penumpang akan terus dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas yang telah berjalan dengan baik sebagai perkhidmatan alternatif sejak 2017," katanya dalam satu kenyataan.
Aerotrain baharu itu antara lain akan dipertingkatkan dari segi keselamatan, keselesaan, penampilan, penggunaan tenaga dan diagnostik.
Ia juga akan menawarkan fleksibiliti untuk sambungan lancar untuk terminal baharu pada masa hadapan.
"Projek APM baharu ini telah dianugerahkan kepada Pestech Technology Sdn Bhd (Pestech), anak syarikat milik penuh Pestech International Berhad, dan akan bermula pada Mac 2022 serta mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
"Projek ini merangkumi penggantian sistem Aerotrain serta penyelenggaraannya selama 10 tahun sehingga 2034," katanya.
Tambahnya, Pestech akan bekerjasama dengan OEM terkemuka, Bombardier Transportation yang baru-baru ini diambilalih oleh Alstom.
Sumber: Astro Awani
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah