MPN Beri Lampu Hijau Untuk Buka Sempadan Negara Awal Mac

VIRAL
February 08, 2022 - 04:51 PM


Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun, ujian Covid-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.

“Ini melibatkan semua negara kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tadi, sekiranya nak pilih (negara), Omicron ini sudah ada di seluruh dunia. 

“Bagaimanapun, ada perkara yang akan diumumkan nanti seperti peraturan, saringan Covid-19, tak perlu kuarantin dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan taklimat oleh Khairy pada mesyuarat tersebut, sistem kesihatan awam masih mampu menguruskan kes Covid-19 berikutan banyak pengalaman sudah dilalui sebelum ini. 

“Walaupun kes sekarang meningkat, namun kapasiti yang ada dapat menampung jumlah pesakit. Ini bermakna proses pemulihan ekonomi akan dapat dipercepatkan, manakala pelabur dan pelawat asing boleh masuk ke negara ini. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah