Bazar Ramadhan Di Wilayah Persekutuan, Dibenarkan Beroperasi
VIRALFebruary 09, 2022 - 11:17 AM
Mesti ramai tengah risau kan, dapatkah kita berpuasa dan beraya bersama yang tersayang tahun ini setelah dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halaman. Namun, ada khabar gembira menelang Ramadhan tidak lama lagi.
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan beroperasi pada tahun ini dengan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sedia ada, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata, lesen bagi pengoperasian Bazar Ramadan akan diberikan kepada individu yang ingin berniaga bagi menggerakkan aktiviti ekonomi di Wilayah Persekutuan.
"Bazar Ramadan akan dibuka seluas-luasnya untuk yang ingin berniaga. Jika dapat lesen berniaga, mereka perlu berniaga dan jangan beri orang lain berniaga.
Sekarang adalah pasca COVID-19 dan kita perlu gerakkan aktiviti ekonomi," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Agrobazaar dan Karnival Trak Makanan Putrajaya, di sini hari ini.
Pada tahun lepas, pengoperasian Bazar Ramadan di semua Wilayah Persekutuan dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat antaranya kawalan keluar masuk pengunjung dan penjarakan fizikal.
Mengenai kebimbangan peningkatan kes COVID-19, Shahidan berkata Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) turut memantau rapi perkembangan itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke tempat tumpuan umum bagi mengekang penularan wabak tersebut.
"Aktiviti perniagaan akan terus berjalan, namun perjumpaan dalam skala besar perlu dielakkan," katanya.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah