Omicron Tak Sebabkan Hilang Deria Bau - Pakar
VIRALFebruary 16, 2022 - 01:28 PM
Varian Omicron virus COVID-19 tidak menyebabkan penghidapnya hilang deria bau seperti varian Delta.
Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip berkata itu satu daripada perbezaan ketara antara gejala varian Omicron dan varian Delta.
Selain itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu tinggi seperti pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini.
Antara gejala utama dibawa varian Omicron adalah sakit kepala dan loya.
Justeru, orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan segera!
Dr Masita berkata, gejala dialami penghidap varian Omicron lebih singkat iaitu kurang 5 hari berbanding varian Delta.
Oleh itu, katanya masyarakat Malaysia perlu bersikap matang dalam menghadapi situasi melawan pandemik COVID-19 dengan segera mendapatkan rawatan apabila bergejala, sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dan mengambil dos penggalak supaya mempunyai imuniti terhadap varian berkenaan.
Individu yang melakukan ujian kendiri COVID-19 di rumah dan mendapati diri mereka positif perlu jujur serta bertanggungjawab dengan tidak keluar rumah dan membahayakan orang lain.
Sumber: BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah