Muslim Chalet Lot 235, Lokasi Family Day Yang Sempurna!

HOTEL
February 18, 2022 - 07:19 PM


Kalau korang tengah cari satu tempat penginapan yang sesuai untuk Hari Keluarga yang besar? Memang port kalini lah yang paling best dan sesuai! Lokasi penginapan kita kali ini adalah di Bandaraya Bersejarah Melaka!

Muslim Chalet Lot 235 Melaka ini memang lokasi yang paling strategik sebab apa? Chalet ini tak berada jauh dari beberapa pantai Melaka, bandar dan ruang penginapan yang cukup luas!

Yang menjadi tarikan utama Muslim Chalet Lot 235 ni, mestilah kolam renang besar yang berada di tengah-tengah antara beberapa chalet. Terdapat dua ruang beristirehat untuk korang bersantai sambil minum petang. Selain itu, tak lengkap lah kan kalau hari keluarga takda bbq! Di sini juga tersedia segala keperluan untuk bbq. Setiap bilik yang ditawarkan juga berhawa dignin jadi memang selesa untuk korang lelapkan mata.

Yang lagi best, bukan sahaja korang boleh bersantai di ruangan chalet, chalet ini berada cuma 2-5 minit sahaja jauh dari pelbagai restoran, dan cuma perlu drive lebih kurang 40 minit ke tiga pantai yang berdekatan iaitu Pantai Crytsal Bay, Pantai Satu Malaysia ataupun Pantai Pengkalan Balak.

Bilik yang ditawarkan juga merangkumi pelbagai saiz, so korang ada banyak pilihan yang bersesuaian dengan keluarga korang. Harga dalam lingkungan Rm160-RM180 untuk bilik yang lebih besar, manakala RM 140-160 untuk bilik bersaiz sederhana.

Untuk maklumat lebih lanjut, checkout Facebook Page Muslim Chalet Lot 235 Melaka! atau hubungi 

011-3363 7274 .

Alamat: Lot 235 , Km 7 Kampung Alai 75460 Malacca City, Malacca, Malaysia

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah