15 Taman Menarik di Putrajaya & Cyberjaya!

JALAN-JALAN
February 21, 2022 - 04:12 PM


1. Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya

Antara taman paling cantik di Putrajaya. Taman yang bertemakan Inggeris, Oriental dan Eropah ini selalu jadi port untuk riadah, picnic dan OOTD.

2. Taman Botani, Presint 1, Putrajaya

Dianugerahkan sebagai Taman Paling Menakjubkan di Asia oleh Yayasan Chelsea Diraja, London pada 2008.

Dekat sini juga ada Islamic Garden iaitu Morrocan Pavilion yang bercirikan warisan Maghribi.

3. Taman Wawasan, Presint 2, Putrajaya

Taman Metropolitan yang terletak di Nusa Perdana. Mempunyai pantai kerikil (pebble beach) yang jadi tarikan pengunjung.

4. Taman Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya

Taman ikonik sebagai simbol Putrajaya. Titik permulaan perubahan Prang Besar dari ladang kelapa sawit jadi pusat pentadbiran Malaysia. Kapsul Masa yang menyimpan dokumen penting & sejarah pembinaan Putrajaya ditanam di sini.

5. Taman Wetland, Presint 13, Putrajaya

Port menarik untuk memancing, berbasikal, kayak, kenu, camping dan sebagai. Tarikan terbaru ialah GLOW untuk aktiviti glamping sambil menikmati keindahan taman ini.

6. Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya

Kawasan tumpuan ramai untuk berbasikal & jogging di pesisiran tasik dari Taman Seri Empangan hingga ke Grand Stand, Kompleks Sukan Air, Presint 6.

7. Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5

Terbuka kepada orang ramai untuk beriadah seperti berbasikal & jogging. Tetapi akses kepada kawasan larangan adalah terhad, seperti kandang kuda & padang polo.

8. Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya

Taman "agro education" untuk beri pengetahuan kepada pengunjung tentang perkebunan. Generasi muda boleh kenal tanaman & merasai suasana kebun di tengah bandar.

9. China-Malaysia Friendship Garden, Presint 4, Putrajaya

Taman ini sebagai simbol hubungan baik antara Malaysia dan China. Landskap yang cantik & menarik dengan senibina tradisional Cina.

10. Taman Rimba Alam, Presint 15, Putrajaya

Taman yang sesuai untuk aktiviti lasak seperti hiking, berbasikal & camping. Korang boleh menempuh kawasan hutan, tasik & akhirnya disajikan dengan panorama indah Putrajaya dari atas bukit.

11. Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya

Kompleks Sukan Luncur yang jadi tumpuan buat peminat sukan papan luncur, skuter, kasut roda & berbasikal. Kompleks sukan mendaki mempunyai dewan mendaki yang berbumbung terbesar di rantau Asia.

12. Taman Tasik Cyberjaya

Taman tumpuan warga Cyberjaya untuk beriadah di hujung minggu. Landskap yang cantik dan menarik. Sunset dekat taman ini memang serius lawa!

13. Taman Mini Cyberjaya

Taman yang berpotensi untuk dimajukan bagi aktiviti riadah bersama keluarga. Lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar Cyberjaya.

14. Cyberjaya Lakeside

Pesisiran Tasik Putrajaya di kawasan Cyberjaya yang jadi tumpuan ramai untuk beriadah, picnic, jogging, berbasikal & bermain e-scooter. Lokasi menarik untuk menikmati sunrise & sunset di Cyberjaya.

15. Taman Awam Cyber 3, Cyberjaya

Taman di kawasan Garden Residences yang bersebelahan Presint 11, Putrajaya. Port menarik untuk jogging & hiking sambil menikmati view yang menarik.

Sumber dan Kredit: TwtCyberjaya (Twitter)

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah