Unik Pandu Lalu A&W Seremban Ni! Berkonsep Retro Pertama Di Malaysia, Siap Ada Kopi Jamaica Blue
MAKANMarch 10, 2022 - 05:57 PM
Kalau berkunjung atau bercuti ke Seremban, Negeri Sembilan nanti -- apa kata korang ambil peluang singgah ke Pandu Lalu A&W yang diberi nafas baharu ini!
Dengan konsep bertemakan retro tapi turut diberi sentuhan moden, restoran makanan segera itu sekaligus memberi pengalaman unik dan baharu untuk dirasai pengunjung.
Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di negara ini kerana cawangan tersebut merupakan lambang ikonik di Seremban dan telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak 1978.
Menariknya mengenai Pandu Lalu A&W ini, ia menghadap keindahan Tasik Seremban yang sememangnya direka khas untuk menarik minat generasi muda.
Namun pada masa sama, ia tetap berpegang teguh kepada legasi dan warisan jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1963 apabila ia menjadi restoran makanan segera pertama beroperasi di negara ini.
Bukan konsep retro itu sahaja yang menjadi perhatian, malah Pandu Lalu A&W ini juga turut menawarkan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista yang berpengalaman dan berpengetahuan.
Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda, terutama dalam hal budaya kopi popular -- sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources.
Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.
Sekaligus bakal memberi tambah nilai kepada mercu tanda ikonik di Seremban.
Restoran itu turut dilancarkan pembukaannya oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 23 Februari lalu.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1963, A&W sudah terpahat di hati dan sanubari penggemarnya tidak kira tua mahupun muda yang sangat menggemari menu klasik termasuk kepelbagaian rasa Coney, keenakan waffle dan A&W RB float yang ikonik dan menyegarkan.
Malah, sejak kebelakangan ini, anak muda Malaysia mula menggemari menu khas seperti Mozza Burger dan Ayam Goreng Golden Aroma yang diperbuat daripada bahan segar bagi memastikan tahap kualiti yang tertinggi.
Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia, dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025.
Sumber: Mstar
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah