Jaga-Jaga Guys! Fasa Peralihan Monsun Bermula 14 Mac Dengan Ribut Petir & Hujan Lebat

VIRAL
March 11, 2022 - 05:20 PM


Malaysia akan mengalami fasa peralihan monsun dijangka bermula Isnin ini (14 Mac) hingga pertengahan Mei depan -- sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut sejak 3 November lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa fasa itu, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

"Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak," katanya dalam satu  kenyataan.

Keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh -- sekali gus menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada.

Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi serta hubungi Hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: MetMalaysia

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah