VTL Udara Kini Guna SOP 'Test And Release'. Macam Mana Tu?
VIRALMarch 16, 2022 - 04:23 PM
Bermula hari ini (16 Mac) -- prosedur operasi standard (SOP) kesihatan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara antara Malaysia dengan Singapura, Thailand dan Kemboja diseragamkan dengan pelaksanaan proses 'Test & Release' (uji dan lepas).
Dengan erti kata lain, kini pengembara tidak lagi perlu menunggu keputusan ujian COVID-19 sewaktu ketibaan.
Sebaliknya, pengembara hanya perlu menjalani ujian calitan COVID-19 semasa ketibaan dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke tempat penginapan masing-masing yang telah diisytiharkan dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) MySejahtera -- dengan menggunakan khidmat pengangkutan persendirian, teksi atau kereta sewa.
Bagaimanapun, pengembara perlu mengasingkan diri sementara menunggu keputusan ujian COVID-19 yang akan diperolehi dalam tempoh 24 jam.
Setelah keputusan negatif diperoleh, pengembara dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka.
Namun sekiranya keputusan ujian positif, mereka perlu mengikuti protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam Facebook rasmi beliau.
Ka Siong menambah, penyeragaman itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengembara VTL udara yang memasuki Malaysia dan memudahkan aspek penguatkuasaan di lapangan terbang.
Katanya, penyeragaman itu terpakai untuk ketibaan pengembara VTL di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Sumber: FB Wee Ka Siong
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah