Jom Rasa Pizza Autentik Yang Dibakar Dari Brick Oven!

MAKAN
March 24, 2022 - 02:34 PM


Antara makanan yang menjadi kegemaran di seluruh dunia sudah semestinya Pizza yang asalnya dari Itali! Korang tahu tahu, pizza pertama telah dihasilkan adalah di Naples, Itali. Ilham dalam menghasilkan pizza yang kita nikmati sekarang adalah kerana untuk menyajikan golongan berkerja yang memerlukan satu makanan yang mudah disediakan, sedap dan murah!  

Apa kata kita singgah Tapak Cyberjaya sebab dengar-dengar ada satu foodtruck yang menjual pizza yang sedap dan unik!

Foodtruck tersebut adalah API Pizza! Menyajikan hidangan makanan itali terutama pizza yang dibakar segar dari brick oven! (ketuhar bata)

Mereka cuma memerlukan 2 minit untuk membakar pizza dengan suhu 400 darjah celcius. Sudah semestinya anda bakal menikmati satu pizza yang lembut, panas, dan penuh aroma!

Antara topping yang menjadi pilihan ramai ialah Spicy Prawn dan Supreme Beef. Dua-dua ni ni memang recommended, tak menyesal order yang ni.

Kalau nak order sesuatu yang ringan, anda boleh cuba baked portobello mushroom dan fresh buffalo mozarella. Sedap! Selain itu ada jugak beberapas pasta dan makanan sampingan yang korang boleh cuba!

Waktu Operasi: Selasa - Ahad dari jam 5 petang - 12 malam

Alamat: Cyberjaya Park & Ride Parking Space, 63000 Cyberjaya, Selangor

Instagram: apipizza.cyberjaya

 

Sumber: Twt_Cyberjaya (Twitter)

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah