Panas Telinga Netizen Bila Seorang Professor IPTA Hina Pelajar B40 Hanya Kerana Tiada Laptop

VIRAL
March 30, 2022 - 11:05 AM


Viral dari malam semalam apabila sebuah klip video dimana seorang pensyarah dari IPTA tempatan yang sedang mengajar menerusi Google Meet memperlekeh seorang pelajar yang kurang berkemampuan.

Difahamkan isu ini bermula apabila pelajar berkenaan pelajar tampil menyuarakan jawapan kepada soalan yang ditanyakan. Dalam pada itu, respon yang diberikan nyata mengejutkan ramai apabila pensyarah berkenaan mempersoalkan kemampuan pelajar tersebut yang sekadar menggunakan telefon pintar berbanding komputer riba.

Kata-kata yang mengguris hati pelajar seperti mempersoalkan status pelajar berkenaan yang tidak lagi mempunyai ibu manakala bapanya tidak bekerja di khalayak ramai antara yang mencuri perhatian netizen.

Selain itu, pensyarah berkenaan turut memaklumkan agar pelajar berkenaan memaklumkan kepada kakaknya agar menjual gelang emas yang dimiliki dalam memastikan beliau mampu mendapatkan komputer riba berharga RM800.

Tindakan yang dilakukan pensyarah tersebut bukan sahaja membuatkan pelajar berkenaan malu malah turut membuatkan para netizen berang serta mempersoalkan tindakan pensyarah yang bergelar profesor tersebut. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

Sementara itu, tindakan memperlekeh pelajar tersebut turut mendapat perhatian majlis perawakilan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tidak bersetuju dengan contoh yang ditunjukkan pensyarah berkenaan serta mahu pihak UiTM pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya.

Sumber: The Vocket

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah