Pasar Malam Lorong TAR Pindah Ke Lokasi Baru!
VIRALMarch 31, 2022 - 12:24 PM
Aktiviti pasar malam di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, akan dipindahkan ke Jalan TAR, susulan pembukaan Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 yang beroperasi mulai 9 April hingga 2 Mei depan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, operasi pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu itu akan bermula dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke persimpangan Jalan Melayu, sepanjang tempoh bazar berkenaan berlangsung.
"Sebahagian Jalan TAR akan ditutup untuk operasi pasar malam bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam (Sabtu) pada 9 April, 16 April, 23 April dan 30 April depan.
"Orang awam dinasihatkan supaya merancang perjalanan jika ingin ke lokasi Jalan TAR pada tarikh yang dinyatakan, bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan selain digalakkan menggunakan pengangkutan awam," menurut kenyataan DBKL, hari ini.
Warga kota disaran membuat perancangan sebelum mengunjungi bazar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan DBKL, bagi memastikan keselamatan pengunjung dan peniaga.
DBKL meluluskan 77 lokasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur tahun ini.
Sumber: BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah