KLCC Tarik Pengunjung Raya Dengan Replika Pelita Terbesar Di Malaysia!

TARIKAN
April 20, 2022 - 03:12 PM


Bagi warga kota yang tidak mempunyai kampung halaman tetapi masih ingin merasai kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri -- anda boleh membawa keluarga dan anak-anak bersiar-siar atau window shopping ke Suria KLCC!

Ini kerana di pusat beli belah sedang mempamerkan "Replika Lampu Pelita Terbesar di Malaysia" yang turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).

Replika berketinggian 17 meter dan 12 meter lebar itu menjadi dekorasi utama yang bertemakan kampung halaman khas buat pengunjung Suria KLCC.

Replika lampu pelita terbesar yang diletakkan di hadapan air pancut Esplanade KLCC menyemarakkan lagi mood dan vibes bagi menyambut Aidilfitri yang lebih meriah berbanding sambutan 2 tahun sebelum ini yang muram akibat perintah kawalan pergerakan Covid-19.

Selain replika lampu pelita itu, bagi mengembalikan kegirangan sambutan Hari Raya pelbagai tarikan diadakan sehingga 8 Mei ini dan pengunjung berpeluang merasai keunikan tema 'Raya di Dusun Atuk' yang menekankan sentuhan dekorasi rumah kampung di dalam dusun.

Pengunjung juga akan diberikan ganjaran apabila berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih sehingga 1 Mei ini -- di mana mereka berpeluang untuk menerima baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM100 dan satu pek sampul raya Suria KLCC.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah