Di Sebalik Tol Percuma Sempena Hari Raya, Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu!
GAYA HIDUPApril 27, 2022 - 12:15 PM
Isnin lepas, rakyat Malaysia mendapat satu khabar gembira apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memberikan TOL PERCUMA dan DISKAUN TOL kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.
“Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.
“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Pasti ramai yang merancang untuk pulang ke kampung bermula hujung bulan ini dan kepada anda -- ini beberapa perkara yang perlu anda tahu berhubung pengumuman gembira tersebut!
Tol percuma untuk 4 hari, bukan sepanjang minggu
Bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad)
Bermula pada jam 12 tengah malam 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad)
Diskaun dinikmati semua pengguna berjumlah RM77.11 juta
Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.
Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
Bukan semua lebuhraya berikan tol percuma:
Hanya sembilan lebuh raya memberikan tol percuma iaitu:
1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)
2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)
4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1
8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
9. Lebuhraya KL - Karak (KLK)
Masih perlu gunakan SmartTAG, kad Touch ‘n Go, RFID
Benar, tol percuma namun anda masih perlu menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID kerana anda masih perlu menggunakan lorong di plaza tol.
Perlu diingat, kalau anda masuk melalui RFID, anda harus keluar melalui lorong RFID juga.
Patuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari PLUS
Selepas tol percuma itu diumumkan, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang beraya ke kampung.
Jadi, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut TTA seperti dicadangkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan atau tempoh perjalanan lebih panjang pada musim perayaan 29 April hingga 9 Mei ini.
Sumber: Astro Awani
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah