‘Kasih & Piza’ Domino’s Beri Peluang Pelanggan Berkongsi Rezeki Dengan Mereka Yang Kurang Bernasib Baik

VIRAL
May 09, 2022 - 12:45 PM


Lebih dari 2,000 golongan kurang bernasib baik menyambut Ramadan dan Syawal dengan lebih kebahagiaan dan senyuman di atas inisiatif dari Domino’s ‘Kasih & Piza’. Sepanjang bulan Ramadan yang lalu, beberapa insan telah bekerjasama dengan Domino’s dalam usaha untuk beramal dan berkongsi rezeki mereka dengan golongan kurang bernasib baik khususnya anak yatim dan mereka yang memerlukan. ‘Kasih & Piza’ memberi peluang buat pelanggan untuk menyalurkan bantuan dengan cara membuat pembelian pelbagai set hidangan yang ideal untuk dijadikan sumbangan bagi mereka yang kurang bernasib baik ataupun untuk insan tersayang seperti keluarga mahupun rakan-rakan.

Program ini tersedia di seluruh Malaysia dan baru-baru ini, ‘Kasih & Piza’ telah berjaya mengagihkan lebih dari 200 set Kasih & Piza yang keseluruhannya bernilai lebih RM42,000.

Antara dua pelanggan pertama yang menyertai program ini adalah Eddy, seorang penggemar makanan dan juga Fatin, seorang jurusolek. Mereka berdua, berhasrat untuk menabur bakti dan kebaikan di bulan Ramadan pada tahun ini dengan membahagiakan anak-anak yatim. Hasil kerjasama bersama Domino’s, mereka dapat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak ini dengan mengedarkan set hidangan ‘Kasih & Piza’ ke Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, yang menempatkan lebih kurang 40 orang anak yatim dan juga staf yang terletak di Kota Damansara.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino's Pizza, Linda Hassan berkata, program Domino’s Kasih & Piza telah menjadi sebahagian daripada program amal mereka sejak dua tahun lalu. “Program ini membolehkan masyarakat menyumbang melalui pesanan yang dibuat lebih awal dengan penghantaran boleh dilakukan di seluruh negara,”

Program 'Kasih & Piza' adalah satu cara untuk sesiapa sahaja mendekati dan berkongsi pengalaman piza Domino's, dengan pilihan set hidangan 'Kasih & Piza' sama ada pakej RM30 (jimat RM27.30), RM50 (jimat RM48.70) dan RM100 (jimat RM110.20).

Semua set 'Kasih & Piza' didatangkan dengan hidangan sampingan seperti Breadstix atau Cinnastix, bersama dengan Roasted Chicken Drummets dan untuk set yang lebih besar ia didatangkan tambahan dengan dua botol minuman ringan 1.5 liter.

Untuk membuat pesanan, gunakan kod promo di www.dominos.com.my pada halaman 'promosi & kupon' menggunakan kod KKP1 (RM30), KKP2 (RM50) atau KKP3 (RM100).

Bagi mereka yang sukakan pengalaman peribadi, set hidangan 'Kasih & Piza' boleh ditempah dalam talian melalui laman web atau aplikasi mudah alih Domino's, dan anda boleh pilih sama ada Potong-Q atau Pandu Ambil. Ini membolehkan anda menghantar piza kepada insan tersayang secara peribadi. Manakala bagi mereka yang memilih pilihan penghantaran dikehendaki memasukkan butiran penuh alamat penghantaran.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah