Mossy Forest Cameron Highlands Salah Satu Hutan Paling Cantik Di Dunia

VIRAL
January 23, 2020 - 10:59 AM


Jika anda ke Cameron Highlands, selain melawat ke kebun teh, ladang strawberry dan lain – lain tarikan menarik disana, jangan ketinggalan untuk pergi ke sebuah lagi tarikan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi perhatian netizen iaitu Mossy Forest yang terletak dekat dengan puncak Gunung Brinchang, Pahang.

Baru – baru ini, Taxi2Airport telah mengeluarkan satu laporan dan Mossy Forest di Pahang ini merupakan salah satu hutan yang dikatakan paling ‘insta-worthy’ dan ia berada di tangga ke-6 dengan 64,564 hashtag.

Terletak kira – kira 2,030 meter dari aras laut, Mossy Forest Gunung Brinchang dipercayai berusia sekitar 200 juta tahun dan ia juga salah satu dari hutan tertua di negara kita.

Disebabkan kedudukan geografinya, tumbuhan yang ada di sekitar hutan ada yang berada dalam kategori eksotik selain lantai hutan dilitupi lumut dan ini secara tak langsung menjadikan ia lebih menarik kepada pengunjung tempatan dan juga antarabangsa.

5 hutan paling banyak digambarkan ialah :

  • The Black Forest (Jerman)

 

  • Hutan Hujan Amazon (Brazil)

 

  • Sherwood Forest (England)

 

  • Arashiyama Bamboo Forest (Jepun)

 

  • Daintree Forest (Australia)

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah