3 Negeri Dah Batal Bazar Ramadan Tapi Wilayah Persekutuan Tetap 'On' Dengan Skala Kecil

VIRAL
March 31, 2020 - 06:03 PM


Dalam pada kita sedang berkurung di rumah yang membuatkan kita kadang-kala sampai tak ingat tarikh atau hari yang dilalui -- sebenarnya tak sampai sebulan pun lagi umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa di bulan Ramadan, tahun ini.

Menurut jangkaan, kita akan mula menunaikan Rukun Islam ketiga itu pada 24 April ini.

Namun disebabkan negara dan dunia sedang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19, ramai juga yang membuat prediction bahawa sambutan puasa dan Hari Raya tahun ini bakal hambar serta kurang meriah.

Sebagaimana diketahui sehingga hari ini (31 Mac) telah terdapat 3 buah negeri iaitu Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka -- yang sah TIDAK AKAN MENGANJURKAN BAZAR RAMADAN pada tahun ini.

Ia diputuskan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing selepas mengambil kira risiko serta bagi mengelak orang ramai berhimpun dalam skala yang besar ketika keluar membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.

Atau dalam erti kata lain, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri akan membekukan permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan di bazar Ramadan seperti kelaziman setiap tahun.

Bagaimanapun, keputusan berbeza dibuat di Wilayah Persekutuan yang melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ini kerana menurut Menterinya, Tan Sri Annuar Musa -- bazar Ramadan akan tetap diadakan namun hanya dalam skala yang sangat kecil bagi meminimumkan pergerakan orang ramai untuk mengelak jangkitan COVID-19.

Keputusan untuk meneruskan bazar Ramadan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan masyarakat bandar yang selalunya tidak sempat memasak selepas habis bekerja.

“Kita kena fikirkan keperluan masyarakat bandar. Saya mahu perkara ini dibuat penelitian kerana kemungkinan bazar Ramadan tahun ini, sebagai contoh di tempat yang mempunyai hingga 50 gerai, mungkin hanya ada 10 gerai saja dan akan dijarakkan antara satu sama lain serta dibuka di banyak tempat.

“Yang pastinya sama ada perintah kawalan pergerakan (PKP) ini diteruskan atau tidak, kita tidak akan meneruskan cara lama yang boleh membawa kepada masalah kesihatan. Kita kena perbaiki kehidupan, kita jangan hanya disiplinkan diri sewaktu PKP, banyak perkara yang kita boleh belajar dan amalkan terus pada pasca PKP nanti ”, jelas Tan Sri Annuar Musa.

P/S: Hikmahnya bila takde bazar Ramadan ni, maka kuranglah kita membazir makanan dan lebih mensyukuri apa yang kita ada. Semoga tahun ni, kita sempat bertemu dengan bulan Ramadan yang mulia tanpa kehadiran COVID-19. Aamiin.

Sumber: Bernama

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah