Bantuan Khairat Kematian Untuk Orang Selangor Dan Ini Syarat-Syaratnya
VIRALJuly 14, 2021 - 03:51 PM
Sejak bermulanya pandemik COVID-19 ini orng ramai kehilangan sumber cari makan dan kehilangan orang tersayang akibat COVID-19. Perkara sebegini sememangnya buat hati yang gumbira menjadi begitu sayu.
Akibat perkara sedemikian berlaku, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM1.5 juta melalui pakej Kita Selangor 2.0 untuk memberi bantuan amal bagi kematian yang disebabkan oleh COVID-19. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, berkata melalui pembahagian tersebut, wang kematian sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada saudara terdekat mangsa.
Amirudin juga memberitahu dalam kemas kini di laman Facebooknya bahawa aplikasi yang dibuka dari 12 Julai hingga 12 Ogos boleh dibuat melalui laman web www.selangorprihatin.com. Dia menambah bahawa inisiatif itu diharapkan dapat mengurangkan beban mereka yang kehilangan orang tersayang.
Ini adalah syarat-syarat untuk daptkan bantuan.
1. Mesti warganegara Malaysia.
2. Pemohon dan si mati merupakan anak kelahiran Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.
3. Si mati disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 oleh hospital atau klinik kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian.
4. Meninggal di Selangor.
5. Meninggal dunia pada tahun 2021dan ke atas sahaja.
6. Terhad kepada satu keluarga satu permohonan.
Sumber: Astro Awani
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah