#BenderaPutih Trending No 1 Di Malaysia! Ini Cerita Di Sebaliknya..

VIRAL
June 29, 2021 - 04:25 PM


"#BenderaPutih bukan bererti kalah, tapi jalan terakhir sebelum rebah"

Sejak semalam (28 Jun), hashtag Bendera Putih menjadi trending di Twitter dan media sosial lain selepas rakyat Malaysia melancarkan sendiri kempen kita jaga kita berikutan kes bunuh diri di kalangan masyarakat yang dilihat semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Sudahlah rakyat dikurung di rumah untuk beratus hari lamanya, namun yang menambahkan penderitaan apabila setiap hari statistik kes baharu Covid-19 tetap juga dilihat semakin naik seakan tiada sinar penghujungnya. 

Prihatin dengan kesusahan dialami rakyat yang seakan dipandang ringan oleh sesetengah pihak, membuatkan warganet sepakat menggunakan solidariti di media sosial bagi membantu sendiri golongan yang benar-benar memerlukan bantuan seperti makanan dan barang keperluan harian menerusi kempen hashtag #BenderaPutih dan #RakyatJagaRakyat.

Menerusi ciapan warganet yang diulang siar oleh pelbagai akaun di semua platform media termasuk Instagram dan Facebook memaparkan kata-kata antaranya :

 "Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih, kibarkannya di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera. Semoga ada yang datang membantu".

Kempen yang dipercayai bermula sejak Isnin itu dilihat berjaya apabila salah seorang pengguna media sosial telah bertindak awal menaikkan bendera putih di kediamannya sebagai simbolik mohon bantuan.

Perkongsian yang dimuat naik di akaun Facebook dikenali Hambamu Seikhlas meluahkan kesusahan yang dialaminya.

"Saya sudah penat dan tak tahu nak buat apa, otak buntu, tapi bukan cari jalan singkat hanya harapan ada manusia yang berprihatin. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua, anak-anak masih kecil lagi termasuk orang rumah sedang mengandung," tulisnya hingga menarik perhatian ramai.

Susulan status tersebut tular, difahamkan @teammudajohor tampil segera menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.

Kempen hasil inisiatif rakyat itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pemimpin negara.

Bagaimanapun, ianya mendapat respon negatif oleh netizen di Twitter.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah