Booster Adalah WajIb Kepada Semua Orang Sebelum March
VIRALDecember 17, 2021 - 09:39 AM
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan status vaksinasi akan dipaparkan sebagai tak lengkap sekiranya dos penggalak tidak diambil.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini menyatakan kebarangkalian dos penggalak akan menjadi pelengkap vaksinasi di masa akan datang.
Kesemua yang berusia 60 tahun ke atas yang telah lengkap divaksinasi dan semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas akan terkesan dengan berita ini.
Mereka yang terlibat wajib mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada akhir Februari 2022 bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.
Khairy turut menambah, semua individu yang berusia 60 tahun ke atas dan telah mendapatkan dua dos vaksin tak kira jenis vaksin juga perlu mengambil dos penggalak.
Menurut Khairy, keputusan KKM ini adalah selaras dengan saranan Pakar Imunisasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (SAGE).
Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 – Booster (CITF-B) juga telah pun meluluskan cadangan ini pada 8 Disember lalu.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah