Burger Boy Beri 100 Burger Percuma Setiap Hari Kepada Yang Memerlukan
VIRALJanuary 18, 2021 - 04:28 PM
Dalam keadaan sekarang ni, ramai yang terkesan dengan implementasi PKP 2.0 di negara kita. Ada yang kehilangan kerja, dan ada juga yang dipotong gajinya. Dalam keadaan sukar dan mencabar ini, seorang pemuda menghulurkan tangan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Korang mesti pernah dengar nama Burger Boy kan?
Kedai burger inilah yang membantu mereka dalam keadaan susah sekarang ni. Owner kedai ini, Mohd Kosim Ismail berkata, pelanggan 'spesial' beliau datang dari pelbagai kaum. Ini adalah bantuan yang mampu diberikan untuk mereka yang terkesan sekarang ini, kata Mohd Kosim. Kedai burger ini terletak di Jalan PJU 5/3, Petaling Jaya.
Jadi korang yang tak ada duit untuk makan tu, jangan malu-malu untuk pergi ke sini okay? Datang je, memang owner ni ikhlas untuk tolong korang. Dan yang paling best, korang boleh order apa sahaja menu yang ada di kedai tu. Bukan terhad kepada burger ayam dan daging sahaja. Menurut Kosim, sejak dari 13 Januari lepas, jumlah burger yang diberikan adalah dalam linkungan 50 hingga 100 biji burger setiap hari.
Yang mengharukan, mereka yang tidak terkesan turut datang bantu dengan membuat pembayaran dahulu bagi mereka yang tidak mampu. Ada juga yang bank in duit kepada Kosim untuk membantu beliau. Apa pun terima kasih kepada Mohd Kosim dan mereka yang menyumbang bagi membantu golongan yang terkesan dengan PKP kali ini. Semoga tuhan murahkan rezeki mereka.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah