eCurve Tak Tutup Terus, Cuma Revamp Je!
VIRALMarch 01, 2021 - 10:59 AM
Semenjak pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada seluruh dunia berlaku, kita memang tahu yang sektor ekonomi adalah antara yang paling teruk terjejas, dan banyak perniagaan terpaksa gulung tikar.
Dua hari lepas (27 February), tular pengumuman yang pusat membeli-belah eCurve bakal ditamatkan operasi selepas terjejas daripada impak pandemik Covid-19, dan tarikh akhir beroperasi adalah pada 31 Mac 2021 akan datang. Tapi, betul ke eCurve nak tamatkan operasi mereka?
Menurut beberapa komen yang diberikan pengguna Facebook yang mengunjungi eCurve baru-baru ini, pusat membeli belah tersebut lengang. Mereka turut berkongsi rasa sedih dengan pengumuman tersebut dan berharap pusat membeli belah yang terletak di Mutiara Damansara itu akan dibuka semula pada masa hadapan.
Tapi korang, eCurve bukan tamatkan operasi mereka serta merta lah! Menurut pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut, eCurve akan ditutup bermula 31 Mac 2021 untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang akan memberikan imej yang lebih urban kepada eCurve.
Kata mereka, kerja-kerja pengubahsuaian itu tidak akan melibatkan The Curve, dan The Curve akan kekal beroperasi seperti biasa. Kesemua penyewa di eCurve telah dimaklumkan agar proses tersebut berjalan dengan lancar.
Untuk pengunjung setia ke pusat membeli belah eCurce, korang jangan sedih, kita nantikan rupa baru mereka nanti macam mana!
Sumber: Free Malaysia Today
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah