Ini 5 Sebab Kenapa Sempadan Negara Nak Buka Kepada Pelancong Antarabangsa, 1 Januari 2022!

VIRAL
November 11, 2021 - 07:14 PM


Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan supaya sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari 2022.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi mempercepatkan pemulihan -- khususnya sektor pelancongan.

Berikut adalah intipati atau faktor yang diambil kira kepada cadangan pembukaan semula sempadan negara :

1) Mengambil maklum situasi sektor pelancongan negara yang menyaksikan pemulihan agak perlahan disebabkan ketiadaan pelancong antarabangsa yang memasuki negara ini selain operator sektor ini yang memerlukan masa dan sumber untuk memulakan perniagaan mereka.

2) Mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik, di mana kadar vaksinasi terhadap COVID-19 negara ini mencecah kira-kira 95 peratus populasi dewasa Malaysia serta 76.7 peratus remaja sudah mencapai vaksinasi lengkap.

3) Banyak negara seperti Jerman, Switzerland, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang sudah membuat keputusan di peringkat kerajaan masing-masing untuk membenarkan kemasukan pelancong atau pelawat dari Malaysia, biarpun negara terbabit masih lagi berhadapan dengan cabaran penularan COVID-19. Tetapi sebahagian besar penduduk di negara terbabit sudah menerima vaksin dos kedua.

4) Malaysia mempunyai tahap vaksinasi antara yang terbaik di dunia. Kalau sampai begitu, apa faedah yang patut kita raih daripada tahap vaksinasi yang sudah begitu tinggi ialah untuk membenarkan pelawat asing datang ke negara kita.

5) Buka sempadan kita supaya faedah itu akan dapat dinikmati Malaysia tetapi sentiasa berjaga-jaga dengan prosedur operasi standard (SOP) dengan ujian calitan.

MPN meminta Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengumumkan dengan segera negara lain yang juga sudah dikenal pasti bagi tujuan kerjasama laluan khas atau koridor perjalanan.

Beliau berkata, keputusan Malaysia menjalin kerjasama dalam bentuk koridor perjalanan dengan Indonesia seperti diumumkan Ismail Sabri semalam, satu keputusan yang baik dan terkehadapan.

Katanya, sudah pasti pemimpin kedua-dua negara sudah mengambil kira perkembangan termasuk usaha mengawal penularan COVID-19 di negara masing-masing.

"Bukan hanya kita dan Indonesia, tetapi di negara lain di dunia pun, bila kadar vaksinasi populasinya sudah meningkat, seperti kita contoh yang terbaik, maka seelok mungkin, sempadan yang ada juga dibuka dalam keadaan ditentukan peraturan yang tidak begitu menyekat.

"Contohnya sebelum masuk itu dikenakan ujian PCR, sampai sini juga dikenakan ujian PCR. Tetapi yang penting supaya jangan ada banyak halangan dan sekatan.

"Kita pastinya nak jaga juga supaya kemasukan sama ada pekerja, pelawat atau pelancong ke dalam negara kita ini tidak akan membawa kesan terhadap usaha kita mengawal COVID-19," katanya.

Sumber: Berita Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah