Inisiatif Baru PLUS, Bayar Tol Melalui Kad Kredit dan Kad Debit?
VIRALJanuary 14, 2022 - 05:21 PM
Esok, 15 Januari bakal menjadi hari pertama penggunaan RFID untuk melancarkan perjalanan semua pengguna lebuhraya terutama lebuh raya utara-selatan. Segala persiapan sedang dipergiat untuk memastikan proses transaksi pembayaran tol di loron RFID berjalan lancar.
Tidak cukup dengan itu, PLUS 'belanja' lagi inisiatif baru yang bakal hadir tidak lama lagi. Inisiatif terbaru tersebut adalah penggunaan kad kredit atau kad debit untuk membayar tol.
Setelah beberapa rungutan yang wajar dari para pengguna lebuh raya, ini merupakan satu langkah yang baik bagi memudahkan lagi urusan para pengguna. Tiada lagi insiden panik kerana baki pada kad Touch n Go yang tidak mencukupi.
Kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit ini akan diperluaskan dari masa ke masa setelah diuji kelancarannya. Sekaligus dapat mempercepatkan lagi pelaksanaan ‘lebuh raya bebas kesesakkan’ di negara ini.
Untuk makluman semua, PLUS pernah mencuba untuk mewujudkan kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit ini.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah