Keadaan Banjir Di Johor Semakin Teruk

VIRAL
January 11, 2021 - 01:45 PM


Sepertimana yang kita semua maklum, pada minggu lepas negeri Johor dilanda banjir yang sangat teruk dan telah menjejaskan ribuan penduduk di negeri tersebut. Dan setakat hari ini, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 904 keluarga yang melibatkan 3,145 orang di sana. Hujan lebat yang berterusan malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Johor Bahru dan Kota Tinggi banjir semula. 

Kota Tinggi merupakan daerah yang mempunyai mangsa banjir tertinggi dan paling terjejas apabila mangsa serama 1,848 orang dari 492 keluarga ditempatkan di 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Selain itu, ini adalah jumlah mangsa banjir di sekitar Johor setakat pagi tadi:

  • Mersing - 52 orang dari 15 keluarga
  • Segamat - 94 orang dari 26 keluarga
  • Johor Bahru - 1,057 orang dari 347 keluarga

10 laluan dari 3 daerah di atas ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan. Antara jalan yang ditutup adalah:

  • Jalan Haji Suhud, Taman Muhibbah, Johor Bahru
  • Jalan Tanah Abang, Mersing
  • Jalan Felda Semenchu, Kota Tinggi

Terdapat beberapa lagi laluan yang ditutup untuk kenderaan ringan di Kota Tinggi kerana paras air semakin tinggi:

  • Jalan Kota Tinggi-Mersing, LGM
  • Jalan Kota Tinggi-Kluang, Batu 25
  • Jalan Kampung Lukut Cina-Kampung Batu 4, Taman Aman
  • Jalan Tai Hong, Taman Scientex
  • Jalan Sungai Telor
  • Jalan Mawai Lama

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan, beliau berkata berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi, hujan lebat pada tahap bahaya bakal melanda Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kulai, Kota Tinggi, dan Pontian. Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan untuk mereka yang tinggal di negeri Johor. Semoga keadaan kembali pulih dan tenang seperti sedia kala. 

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah