'Kenapa Kerajaan Perlu Tanggung Kos Kuarantin Jemaah Umrah?' Soal Siti Kasim

VIRAL
January 06, 2022 - 10:15 AM


Peguam Siti Zabedah Kasim membidas tindakan kerajaan yang menanggung kos kuarantin jemaah umrah di hotel dan pusat kendalian kerajaan.

Katanya, perbelanjaan tersebut seharusnya ditanggung oleh mereka sendiri yang memilih untuk keluar negara ketika waktu pandemik Covid-19 ini.

“Mereka ini harus menanggung perbelanjaan mereka sendiri seperti semua orang yang pulang dari perjalanan ke luar negara. Mengapa kerajaan menanggung kos? Mereka memilih untuk pergi ke luar negara semasa pandemik,” katanya menerusi laman sosial Twitternya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kerajaan akan menanggung kos urusan kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci.

Jelasnya, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu bawah pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

Bagaimanapun, jelas Siti Kasim, jemaah umrah itu tidak sepatutnya diberi layanan istimewa sehingga kos kuarantin mereka ditanggung kerajaan.

Sumber: Utusan

 
Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah