Lebih 1000 Penumpang Terkandas Akibat Jerebu!
VIRALSeptember 13, 2019 - 08:38 PM
Lebih 1,000 penumpang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh, Perak terkandas berikutan empat penerbangan tergendala akibat jerebu.
Menurut Pengurus LTSAS Mohd Ali Osman, penerbangan yang tergendala setakat 3 petang tadi melibatkan:
1) Laluan Singapura-Ipoh-Johor Bahru daripada syarikat AirAsia Bhd
2) Laluan Ipoh-Johor Bahru-Ipoh (Malindo)
3) Laluan Singapura-Ipoh-Singapura oleh 2 syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot
Semua penerbangan tersebut perlu ditunda masa sehingga cuaca lebih baik.
Mengikut pada bacaan penglihatan adalah 3,000 meter yang masih dalam kawalan sistem penerbangan dan setakat pukul 2 petang tadi menurun kepada 2,500 meter, sekaligus menyebabkan banyak operasi penerbangan tergendala.
Malah, beberapa penerbangan yang dijadualkan tiba ke LTSAS juga telah membuat lencongan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Penerbangan pertama yang telah ditunda adalah pada pukul 9.40 pagi tadi melibatkan penerbangan ke Singapura.
Sehingga 4 petang tadi, satu penerbangan dijadualkan semula manakala dua penerbangan dibatalkan.
Rata-rata penumpang yang terlibat tidak menyangka bahawa masalah jerebu mengakibatkan penerbangan mereka ditangguhkan.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga 4 petang tadi, tiga kawasan di Perak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu Tasek Ipoh (134), Pegoh Ipoh (112) dan Seri Manjung (140).
Sumber: Harian Metro
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah