Lokasi Ikonik Tusan Cliff Sarawak Runtuh
VIRALFebruary 24, 2020 - 02:11 PM
Tusan Cliff, sebuah batuan unik di tepi pantai yang seakan – akan kepala kuda merupakan sebuah lokasi dan tarikan pelancongan yang ada di Miri, Sarawak dan lebih tepat, ianya di Pantai Trusan, Bekenu.
Baru – baru ini, ada khabar sedih dari Miri dan dilaporkan Tusan Cliff telah runtuh. Jika dilihat pada posting – posting yang ada di sosial media, keunikan Tusan Cliff ini ialah terletak pada bentuknya yang seakan – akan kepala seekor kuda yang sedang meminum air.
Tusan Cliff secara tidak langsung telah menjadikan Pantai Trusan menjadi terkenal dan menerima pelawat dan pelancong dari dalam dan luar negara. Keunikan Tusan Cliff ini juga menyebabkan lokasi ini sering menjadi pilihan dan tumpuan untuk dijadikan lokasi penggambaran.
Selain dari lambang ikonik tersebut, Pantai Tusan juga terkenal dengan fenomena ‘Blue Tears’ di Sarawak.
Namun, tiada apa yang boleh dilakukan kerana apa yang berlaku hanyalah kejadian semulajadi dan sememangnya ia diluar jangka.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah