Masih Tak Faham Apa Itu 'Moratorium'? Nak Tahu Bank Mana Terlibat? Baca Ni!

VIRAL
March 27, 2020 - 03:39 PM


Berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) pada 24 Mac lalu, semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan serta dikawal oleh BNM akan menawarkan MORATORIUM.

Atau dengan kata mudah penangguhan pembayaran pinjaman secara automatik kepada peminjam  untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020 -- bertujuan meringankan beban mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan, gara-gara penularan COVID-19.

TIADA sebarang caj, penalti atau denda dikenakan sepanjang proses moratorium itu.

Secara analoginya, anda tidak perlu membayar ansuran bulanan kereta / rumah sepanjang tempoh 6 bulan dan anda tak perlu memohon kepada pihak bank kerana mereka akan terus memproses moratorium secara automatik.

Namun bagi yang masih berkemampuan untuk membayar ansuran bulanan seperti biasa, andayang perlu menghubungi pihak bank untuk menyatakan tidak mahu terlibat dengan moratorium tersebut.

Berikut kami kongsikan link rasmi bagi 18 buah bank utama yang menawarkan moratorium untuk anda membuat rujukan bagi pinjaman masing-masing :-


1) PUBLIC BANK - https://www.pbebank.com/Announcements.aspx?qid=2924#q2924

2) HONG LEONG BANK - https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-customer-financial-relief-plan.html?icp=hlb-en-home-banner-bankwide-heretohelp

3) CIMB - https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/covid-19-support.html

4) MAYBANK - https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

5) UOB - https://www.uob.com.my/default/financial-relief-measures.page

6) AFFIN BANK - https://www.affinbank.com.my/NewsDetails.aspx?id=965

7) AMBANK - https://www.ambank.com.my/eng/covid-19

8) MBSB - https://www.mbsbbank.com/storage/misc/moratorium_FAQ.pdf

9) OCBC - https://www.ocbc.com.my/assets/pdf/Media/2020/Mar2020/OCBC not compounding interest or profit during moratorium period.pdf

10) AGRO BANK - https://www.agrobank.com.my/announcements/notis-penangguhan-bayaran-bulanan-pembiayaan-moratorium/

11) BSN - https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2212

12) BANK ISLAM - https://www.bankislam.com/wp-content/uploads/QA.pdf

13) RHB - https://www.rhbgroup.com/covid-19/index.html

14) STANDARD CHARTERED BANK - https://av.sc.com/my/content/docs/relief-measures.pdf

15) BANK RAKYAT - https://www.bankrakyat.com.my/repository/1596FAQ AUTO PENANGGUHAN Final.pdf

16) BANK MUAMALAT - https://www.muamalat.com.my/announcement/announcement-2/

17) AL-RAJHI BANK - https://www.alrajhibank.com.my/post/important-notices/financial-relief

18) HSBC - https://www.hsbc.com.my/content/dam/hsbc/my/docs/help/coronavirus/loans-financing-deferment-measure.pdf

Di sini juga kami sertakan "Soalan-Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Untuk Membantu Individu, PKS & Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak COVID-19" dan jawapan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Boleh baca sini: https://www.bnm.gov.my/documents/2020/FAQs-Additional-Measures-20200325-bm.pdf

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah