Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini Langgar Ambulans Sampai Terbalik!

VIRAL
February 03, 2021 - 10:53 AM


Myvi ni memang diiktiraf oleh rakyat Malaysia sebagai 'The King of The Road'. Memang tak ada jenama kereta lain yang boleh mengalahkan Myvi di atas jalan raya. Kalau korang ingat, kebanyakan kemalangan pelik-pelik semuanya mesti ada melibatkan kereta Myvi. Dan Semalam seorang jururawat gagal mengawal kereta Myvi yang dipandu sebelum merempuh ambulans hingga terbalik. 

Menurut laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat Taman Bertam Impian. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kedua jururawat (35) dan pemandu ambulans (51) tersebut selamat dan tiada kecederaan yang berlaku. Menurut siasatan awal, ambulans tersebut dipandu dalam kecemasan datang dari arah Cheng.

Dalam perjalanan menuju ke Sungai Udang, ambulans tersebut meneruskan perjalanannya walaupun lampu isyarat berwarna merah, dan siren juga turut dibunyikan. Tapi sebaik sahaja ambulans tersebut tiba di lampu isyarat, kereta Myvi yang dipandu oleh jururawat terbabit yang datang dari arah Taman Bertam Impian terus melanggar bahagian sisi belakang kanan ambulans itu. 

Seperti biasa, apabila ada kemalangan yang melibatkan Myvi, netizen sering terhibur dengan kekuatan dan keteguhan kereta tersebut. Memang kelakar dan mencuit hati komen-komen daripada netizen berkenaan kes ini. Apa pun yang penting kedua pemandu tersebut selamat. Dan korang sila berhati-hati dalam memandu okay? 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah