Naik Rakit, Zipline DIY...Dua Bulan Murid Sekolah Bergadai Nyawa Untuk Ke Sekolah
VIRALApril 29, 2022 - 11:23 AM
Penduduk Kampung Nangkawangan, di sini, terpaksa bergadai nyawa menyeberangi sungai selepas jambatan gantung yang menjadi penghubung utama mereka dihanyutkan banjir, bulan lalu.
Dua cara digunakan termasuk oleh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan, di sini, sama ada menggunakan rakit buluh atau zip line' yang dihasikan penduduk kampung.
Dua video menunjukkan murid sekolah menaiki rakit dan tong yang digantung pada kabel sebelum ditarik seperti 'zip line' tular di media sosial sejak semalam hingga menimbulkan pelbagai reaksi.
2 bulan jambatan putus, kena redah sungai naik rakit yang lebar satu depa je.
— luqmanlong (@luqmanlong) April 28, 2022
Lepas dah seberang, kena naik pula tebing sungai yang curam dengan galas beg sekolah lagi.
Ini tahun 2022, bukan zaman perang penjajah lagi. Macammana boleh sampai macam ni?
pic.twitter.com/ry7dn1pkz4
Ramai menyatakan kebimbangan mengenai kaedah menyeberang sungai digunakan itu kerana dianggap berbahaya, lebih-lebih lagi membabitkan murid sekolah.
Jurucakap penduduk Kampung Nangkawangan, Zazila Roslan, 30, berkata jambatan gantung di kampung berkenaan hanyut akibat banjir besar yang bulan lalu yang turut memusnahkan beberapa kemudahan lain termasuk jambatan konkrit.
Zazila berkata, penduduk kampung memaklumkan wakil rakyat ada turun padang dan berjanji mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyediakan bot bagi kegunaan sementara penduduk.
Bagaimanapun, katanya bot dijanjikan belum ada menyebabkan penduduk kampung terpaksa berakit untuk ke seberang sungai dan jika keadaan sungai deras, mereka terpaksa menggunakan 'zip line'.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata beliau sudah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kemudian bersetuju mengeluarkan peruntukan kecemasan bagi mengatasi masalah dan kerosakan akibat bencana alam itu.
"Sepasukan pegawai teknikal dari Unit Penyelaras Pelaksana dan Pejabat Daerah sudah melawat kawasan terbabit dua hari lalu dan kini, mereka sudah mula menyediakan laporan diperlukan.
"Saya juga akan bertemu penduduk kampung bagi membincangkan usaha membantu menyediakan pengangkutan lebih selamat kepada murid ke sekolah," katanya.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah