Nak Parking Percuma Masa Jalan-Jalan Di Kuantan? Korang Cuma Perlu Pasang Jalur Gemilang Je Kat Kereta!

VIRAL
August 21, 2020 - 02:51 PM


Bagi tetap menyemarakkan rasa patriotik dan sayangkan negara, meskipun tahun ini tiada perarakan atau sambutan besar-besaran bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 -- namun Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tampil dengan satu inisiatif yang kreatif.

Kalau korang jalan-jalan ke Kuantan pada 24 hingga 31 Ogos ini, korang tidak perlu membayar parkir jika kenderaan yang korang pandu dipasang dengan Jalur Gemilang..maknanya korang akan dapat parkir PERCUMA!

Tawaran parkir percuma sempena Merdeka itu diumumkan oleh MPK menerusi posting di Facebook rasmi mereka semalam (Khamis).

Namun untuk mendapatkan parkir percuma sepanjang korang berada di Kuantan, ini beberapa syarat yang ditetapkan MPK, iaitu:-

- Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz sekurang-kurangnya 1 bendera berukuran minima 27cm x 14 cm.

- Ada beberapa cara pemasangan yang ditetapkan seperti dalam gambar.

- Bendera mesti cantik, tidak pudar atau koyak.

Jika menepati segala syarat di atas, kenderaan korang akan dibenarkan untuk parkir secara percuma dan tiada sebarang kompaun akan dikeluarkan walaupun korang tidak meletakkan kupon atau menjelaskan caj parkir secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo.

Tapi harus diingatkan tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja dan bagi mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan -- tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah