Netizen Kecewa Bandar Agacia Yang Berpotensi, Kini Jadi 'Ghost Town'

VIRAL
January 19, 2022 - 12:39 PM


Sedih memikirkan beberapa tempat yang penuh dengan daya tarikan untuk pengunjung gagal mencapai potensi. Kita semua telah dikejutkan keadan semasa taman tema MAPS di Perak yang tidak mendapat sambutan dan ditinggal dalam keadaan yang suram dan terbengkalai.

Seorang pengguna Twitter @eiffajamalulail telah berkongsi gambar keadaan terkini Bandar Agacia yang terletak di Kampar, Perak. Dahulu, bandar ini meriah dengan kedatangan pelancong disebabkan struktur bangunannya yang cukup lain dari yang lain. Memang sesuai sangat untuk korang yang suka bergambar

Namun seribu kali sayang, Bandar Agacia ini kini sepi tanpa kehadiran pengunjung dan banyak kedai dah "bungkus" disebabkan tidak mampu untuk meraih keuntungan ataupun akibat wabak Covid-19 yang memusnahkan segalanya. Bukan itu sahaja, cat bangunan juga kelihatan luntur.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen menzahirkan rasa sayang destinasi cantik ini ‘mati’ seperti ini serta bimbang akan ditutup selamanya seperti taman tema MAPS.

 Harapnya pihak berkaitan mampu menceriakan semula Bandar Agacia.

Sumber : The Vocket, Eiffajamalulail (Twitter)

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah