Netizen Simpati Melihat Keadaan Semasa Zamani
VIRALApril 25, 2022 - 11:54 AM
Sebelum ini, penyanyi terkenal, Zamani Slam mengakui masalah tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dihidapinya sejak dua tahun lalu kini semakin serius.
Difahamkan, Zamani juga sedang mendapatkan khidmat rawatan tradisional sebagai ikhtiar untuk merawat masalah tulang belakangnya yang semakin membengkok.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @annasoffiya telah memuat naik video memaparkan Zamani sedang membuat persembahan di Bangi Avenue Convention Center (BACC).
@annasoffiya 🦋🌼🍃🌹#iftar2022 #fypシ #fyp #foryou ♬ original sound - Anna Soffia
Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat keadaan terkini Zamani dimana keadaan fizikal Zamani terlihat berubah disebabkan skiliosis. Akan tetapi, ia tidak menjadi penghalang untuk Zamani menyanyi dengan baik sekaligus menghiburkan para tetamu yang ada.
Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat keadaan terkini Zamani. Para netizen turut mendoakan agar Zamani kembali sihat dan tulang belakangnya akan menunjukkan perkembangan positif.
Sumber: TheVocket
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah